Travel with peace of mind & soul
Salam dari Pulau Bali!
Saya Sali dari Saly Bali Tour dan kami mengalu-alukan kedatangan anda ke Pulau Bali yang indah! Bali yang juga dikenali sebagai Pulau Dewata (Land of the Gods), sememangnya penuh dengan rahmat. Daripada keindahan alam semulajadi di darat dan di laut, kepada kepercayaan, adat dan warisan budaya Bali yang kaya dan menarik, Bali mempunyai daya tarikan tersendiri untuk setiap orang. Tidak hairanlah Lonely Planet (2019) menggelarkan Bali sebagai "satu pulau, pelbagai destinasi".1
​Walaupun merupakan sebahagian daripada Indonesia, negara yang mempunyai populasi Muslim terbesar di dunia, anda mungkin sudah tahu bahawa masyarakat Bali sebahagian besarnya merupakan penganut Hindu. Jadi bagi pelawat-pelawat Muslim terutamanya yang ingin melawat Bali buat pertama kali, kami di Saly Bali Tour memahami dan memberi keutamaan kepada kerunsingan dan keperluan keagamaan anda. Dengan pengetahuan luas tentang sejarah, amalan budaya dan tempat-tempat dalam persekitaran tempatan, pemandu/guide Muslim kami sedia menunjukkan lokasi-lokasi tempat jualan makanan halal yang bagus-bagus dan sedap-sedap. Kami juga sedia berkongsi tip-tip tentang perkara yang sesuai dan tidak sesuai dilakukan sebagai menghormati amalan dan kepercayaan masyarakat Bali selaku hos.
​
Tidak kira sama ada tujuan kedatangan adalah untuk menikmati pemandangan, menyertai aktiviti-aktiviti sukan lasak, berbulan madu, jalan-jalan cari makan atau membeli-belah, Saly Bali Tour komited untuk memenuhi segala keperluan anda. Untuk anda yang datang atas keperluan kerja, kami juga menyediakan khidmat airport transfer untuk menjemput dan menghantar anda dari Airport Bali ke destinasi yang diingini, atau sebaliknya dari hotel ke airport. Pilih sahaja daripada opsyen-opsyen perkhidmatan kami: pakej tour, sewa kereta, atau airport pickup - semuanya didatangi dengan pemandu/guide yang boleh dipercayai dan pada kadar yang amat berpatutan!
1. Lonely Planet. 2019. Bali travel. https://www.lonelyplanet.com/indonesia/bali (accessed on 30 March 2019).